Tuesday, November 19, 2013

Ostermatrix - Kalsium, Magnesium & Vitamin D


Sebelum berkongsi experience sendiri dgn Ostematrix, jom berkenalan dulu dengan Ostematrix Shaklee ni.

Ni gambar nya:

120 Caplets Sebotol :)

Now, jom tengok pulak apa yang terkandung dalam OStematrix Shaklee ni & kebaikan nya:-

Ostematrix-Membantu Mengurangkan Risiko Osteoporosis***
Kalsium dan Vitamin D yang mencukupi sepanjang hayat yang merupakan sebahagian daripada diet yang seimbang berupaya mengurangkan risiko osteoporosis. Sebagai tambahan bagi membina tulang dan gigi yang kuat, nutrisi yang terdapat di dalam OsteMatrix berupaya:
Membantu mengekalkan tekanan darah yang normal*
Membantu dalam pengecutan otot dan pelancaran saraf*
Menolong mengurangkan simptom-simptom senggugut seperti perut kembung, kekejangan, retensi air,  dan kemurungan.*

OsteMatrix Membekalkan:

1,000 mg (100% DV) unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semula jadi
400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya
400 IU (100% DV) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium

Kaplet bersalut yang mudah ditelan

Sajian harian hanyalah sebanyak empat kaplet. Untuk hasil yang lebih baik, ambil dua biji kaplet, dua kali sehari berserta makanan.


KESIMPULANNYA


Jika anda adalah seorang yang mudah STRESS, mudah kejang, ada masalah water retention, sembelit dan pra haid, pastikan anda memberi peluang diri anda mengubah nasib anda dengan Ostematrix.

Jika anda seoarang pengidap BUASIR tegar dan sering mengalami kesakitan atau sembelit setiapkali membuang air besar, Ostematrix menbantu anda dari terus dibelenggu kisah Ngeri itu.



Jika anda seorang yang bekerja dan sering KELETIHAN, ostematrix antara jawapan terbaik membantu anda kekal bertenaga dan bersemangat!

Jika anda seorang IBU MENGANDUNG, ostematrix membantu mengelakkan kekejangan dan sakit tulang belakang.

Jika anda seorang IBU YANG MENYUSUKAN anak, ostematrix membantu pengeluaran susu anda dengan lebih baik provided prinsip utama penyusuan diamalkan.

Ostematrix membantu mengurangkan risiko kereputan tulang ( osteoporosis)

Jika anda mempunyai masalah OBESITI (berat badan berlebihan), anda perlukan ostematrix demi memastikan kepadatan tulang anda mengampu tubuh badan anda


Sayangi tubuh badan kita dan mulakan hidup yang sihat sekarang :)
No more sembelit, no more PMS & no more sakit2 badan. Yang paling penting, badan rasa selesa dalam membuat kerja2 seharian, kita suka, orang yang sayangi dan dekat denagn kita pun laaaagi suka :)


Zara
SID: 954766
Contact: 012-4143353




Wednesday, November 13, 2013

Detail Cara Pemakanan Untuk Kurus Bersama Shaklee

First thing first, pelanggan perlu tahu berapa BMR dan DCR beliau. Klik SINI ye untuk entry berkenaan apa itu BMR & DCR :)

Credit: Syue Wana

Untuk dapatkan kalori defisit yang banyak, berikut adalah cadangan product Shaklee yang disyorkan:

Detoks - Herb-Lax dan Alfalfa
Singkirkan Lemak - Lecithin dan Omega Guard
Healty Diet -  Cinch Shake dan ESP

Kalau anda dalam kekangan budget atau ingin mencuba satu dua product untuk permulaan, boleh hubungi Zara ye (0124143353/zaranurhudazakaria@gmail.com) untuk free consultation :)

Sesudah mengetahui DCR anda, mari kita mulakan langkah pertama. Iaitu meng'combine'kan supplement tersebut dgn teknik menurunkan berat badan yang betul untuk mencapai objektif mendapatkan kalori defisit setiap hari.

Jadual yang disarankan:

Bangun pagi - mulakan pagi anda dengan 150ml air masak untuk melancarkan sistem organ dalaman.
Lakukan sedikit regangan.

Pukul 7 - Mulakan hari dengan ESP sesudu. Bancuh dengan 200ml Milo. Ini akan berikan anda tenaga selama 3jam. Tenaga bukan sebarang tenaga, ini tenaga paras gula dalam darah yang normal ye since ESP rendah indeks glisemik iaitu pelepasan gula perlahan-lahan dalam darah

Pukul 8 - Minum lagi 150ml air bersama sebiji Herblax. Herblax ni seminggu 3 kali je dah memadai jika ada ambil Alfalfa. Makan sarapan yang kalorinya bawah 100, tidak bergoreng seperti sekeping sandwich (70kalori). Boleh kenyang ke? Ye kenyang if you ambil ESP!

Pukul 9 - Minum 100ml air masak

Pukul 10 - Bancuh sesudu Cinch Shake bersama 150ml plain water / jus.

Pukul 11 - Makan sebiji Omega Guard bersama 100ml air masak dan sebungkus kecil biskut oat.

Pukul 12 (atau lunch hour) - Lunch time! Selalu perut sure dah bernyanyian kan time2 ni..Tapi perut anda takkan rasa lapa if you dah ambil ESP, Cinch Shake, Omega Guard. 3 benda ni sangat 3x membantu mengawal selera makan. Selera makan kita dicetuskan otak. Ia dicetuskan apabila paras gula dalam darah lebih rendah dari normal (70). Apabila paras gula dalam darah rendah, perut akan mula menghasilkan lebih gas untuk bersedia menerima makanan (how gastrik happen).  Tapi awas, kena remind kat diri sendiri yang I'm on healthy diet. Makan nasi separuh pinggan (200kalori), protein (ayam / ikan / daging sedikit), kuah (jika sup - 5sudu, jika bersantan - 2 sudu), 1/4 pinggan isi sayur utk bagi penuh perut. Minum 200ml air masak bersama 3biji Alfalfa dan 3 biji Lecithin. Tahukah anda makanan pedas turut membakar kalori? Tapi janganlah terlalu pedas, kang sakit perut pulak..Ingat, dalam apa jua keadaan, berlebihan itu tidak elok :)

Pukul 1 (after lunch) - Air masak 100ml

Pukul 2 - Air masak 100ml

Pukul 3 - Air masak 100ml dan sebungkus biskut / sebiji epal / 2biji pisang

Pukul 4 - ESP sesudu dibancuh bersama 150ml air / horlick untuk tenaga sebelum bersenam

Pukul 5-7 - Minum jus 100ml + 300ml air masak dalam masa dua jam ni. Sebelum buat aktiviti fizikal munum jus dulu, then lepas aktiviti fizikal, dah ok sikit minum air. Aktiviti fizikal selama 1 jam. Bermula dengan sesuatu yang ringan contohnya berjalan kaki slow pace. Kalau tawaf dalam rumah or jogging setempat kat rumah pun menarik juga. Tak pun tawaf kat taman nagn anak. 

Pukul 7 - Minum air masak 100ml bersama Omega Guard untuk kawal selera makan malam.

Pukul 8 - Makan nasi separuh pinggan, 1/4 pinggan sayur, 2sudu protin (daging / ayam / ikan). Minum 200ml air bersama 3biji Alfalfa dan 3biji Lecithin. Atau boleh mengambil Chinch Shake menggantikan makan malam. Kalau minum Chinch menggantikan dinner. Tak perlu ambil Alfalfa dan Lecithin.

Pukul 9 - Minum 100ml air masak

Pukul 10 - Minum sesudu ESP bersama Milo / Horlick

Nota
Lecithin dan Alfalfa dimakan bersama selepas makan berat. Kombinasi kedua-dua ni untuk menghalang kemasukan kalori dari lemak (lecithin) dan mengeluarkannya (alfalfa) melalui penyahtinjaan. Dos 3biji jika anda makan berat dan berminyak, jika anda makan sikit dan menu sihat, boleh kurangkan kepada 2biji je.
Aktiviti fizikal bukan sahaja bertujuan untuk membakar kalori dan lemak, tetapi juga untuk kesihatan keseluruhan. Menguatkan otot jantung, otot badan, peredaran darah. Kita semua berhak dapatkan hidup yang lebih sihat. Penemuan WCRF yang juga disokong oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) turut menyarankan bahawa kerap bersenam boleh menghalang banyak penyakit seperti kanser, sakit jantung dan diabetes.

If nak bancuh ESP dengan air lain, sila alert dengan kadar pengambilan gula terutama dari jus kotak. Had bagi orang dewasa 50gram sehari bersamaan 10sudu kecil gula. Gula tu karbohidrat ringkas ye, jangan  tak tau. Maksud ringkas adalah dia sangat mudah digunakan badan untuk sumber tenaga, dan meningkatkan paras gula dalam darah. Bila gula terlebih sehingga insulin tak dapat nak menukarkan semua glukosa tu untuk tujuan tenaga, itu yang dia keluar melalui urine sebagai kencing manis. Klik SINI untuk campuran apa yang selalu dibancur bersama ESP.

Cara minum air bukan sekali hadap 1 liter, ia akan membuatkan perut anda mengembang.
Jadikan rutin membawa bersama bekalan air dan supplement di dalam bekas kecil.
Jika anda TIDAK berasa lapar (selepas ambil Omega, Chinch Shake, ESP), anda boleh mengelak untuk mengambil karbohidrat seperti nasi, roti, buah, dan lain2. Badan akan menggunakan protin (sumber tenaga skunder) - ayam, daging, ikan, sayur sebagai sumber tenaga. Selain itu, badan akan membakar lemak badan (sumber tenaga tertier) sebagai bahan bakar. Tapi kalau tak berasa lapar and masih nak makan, rasanya macam tak berapa boleh bantu lah kan. ;p

Entry ini hanya cadangan, pelanggan sendiri perlu mengambil inisiatif menyediakan menu sihat dan amalan gaya hidup sihat semasa menurunkan berat badan. Sihat bukan sahaja sekadar turun berat badan.

Kita mahu semua otot digunakan, setiap salur darah clear dari kolestrol, liang peluh mengeluarkan toksin dari kuli. Bagi kombinasi produk yang berbeza, cara makan pun kena la adjust sikit.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya. InsyaAllah, saya akan bantu :)

Okies, till next entry sumer. 

Nak update bagaimana Ostematrix Shaklee menceriakan semula kehidupan saya (of course dengan izin Allah Yang Maha Esa :)) dan menyenangkan kerja saya seharian. Alhamdulillah.. :D

Zara
SID  : 954766
PM/Whatsapp/SMS: 012-4143353
Email: zaranurhudazakaria@gmail.com

Friday, November 8, 2013

Kurus Cara Shaklee

Sebelum nak start kuruskan badan bersama Shaklee, jom pelajari dulu macam mana cara nak kira BMR dan DCR. Ianya ilmu yang sangat penting dalam process kita nak menguruskan badan kita.

Credit: Syue Wana

 Basal Metabolic Rate (BMR). 

Mula-mula kita kira yang paling asas iaitu Basal Metabolic Rate (BMR). Bagi mereka yang tidak tahu BMR ini merupakan jumlah kalori minimum yang diperlukan oleh badan kita untuk hidup. Jumlah BMR setiap individu adalah berbeza bergantung kepada berat, tinggi dan umur.

Sifirnya begini....
BMR (PEREMPUAN) : 655 + (9.6 X berat dalam kg) + (1.8 tinggi dalam cm) - (4.7 X umur dalam tahun)

BMR (LELAKI) : 66 + (13.7 x berat dalam kg) + (5 x tinggi dalam cm) - (6.8 x umur dalam tahun)


Sebagai contoh nak memudahkan pengiraan, jom kira BMR kalau berat 57kg, tinggi 160cm dan umur 30.

                  655 + (9.6 X
57) + (1.8 X 160) - (4.7 X 30)
                  655 + 547.2 + 288 - 141 = 1,349.2 kalori 


Kira Daily Calorie Requirement (DCR) pula..

Selepas dapat BMR kita cari pula Daily Calorie Requirement. BMR adalah kiraan jumlah makanan/kalori yang diperlukan badan kita mengikut ketinggian dan dan berat manakala DCR merupakan jumlah kalori harian bergantung kepada aktiviti dan keaktifan kita sepanjang hari. Cara mengira DCR adalah dengan mendarabkan jumlah BMR tadi kepada unit keaktifan kita. Gunakan maklumat di bawah ini :


• BMR x 1.2 (kurang atau tiada senaman, kerja di meja)

• BMR x 1.375 (senaman ringan/bersukan 1-3 hari/minggu)

• BMR x 1.55 (senaman sederhana/bersukan 3-5 hari/minggu)

• BMR x 1.725 (senaman berat/bersukan 6-7 hari/minggu)

• BMR x 1.9 (senaman berat setiap hari/bersukan dan latihan fizikal atau 2x sehari seperti pelumba maraton)


Katalah menggunakan contoh BMR tadi
1,349.2 kalori dan tak senam lansung..assume skang kan hujan..tak selalu senam plus kalo balik umah pun dah lewat, sure tak berapa sempat nak senam kan ;p. Maka DCR yang perlukan sehari adalah 1,349.2 X 1.2 = 1,619 kalori 


Untuk kekalkan berat badan, pengambilan 1,619 kalori sehari perlu maintain diambil. Macam mana nak tahu? Senang saja..anda cuba kira pengambilan makanan anda dari pagi hingga malam. Sekiranya saya makan lebih dari 1,619 kalori sehari makan berat saya akan bertambah. 

Ok..di atas adalah bagai mana mengira BMR dan DCR. Jika kekal kan DCR maka berat anda akan kekal..tapi bagaimana mahu menurunkan berat? Jika kita mahu menurunkan berat kita perlu ciptakan kalori defisit. Apa itu kalori defisit?
 

Kalori Defisit 
Kalori defisit merupakan defisit daripada dua nilai (nilai kalori keluar dan nilai kalori masuk), apabila nilai kalori keluar lebih tinggi daripada kalori masuk. Ni cara bagaimana untuk mendapatkan kiraan defisit.
1,619 kalori (masuk) - 1,619 (keluar) = maka defisit kalori saya ada kosong (0)
 
Sekiranya 
makanan berlebihan diambil, sebagai contoh 1700 kalori maka 
1700kalori - 1,619 kalori = (+) 81 kalori 
Memang nampak 81 kalori tu macam sikit je kan..Tapi kalau lama2 disimpan maka ia akan jadi bukit..maka tercipta berat badan yang tidak diingini..huhu..namun sekiranya rajin dan berlari di gym selama 15 minit dan mambakar 81 kalori itu, maka kita selamat dan berat kita kekal tanpa penambahan.
Macam mana nak turun berat? Apa yang penting adalah kombinasi diet dan juga senaman. Ok..Macam ni caranya... Keperluan tadi adalah
1,619 kalori..sekiranya hanya makan 1,400 kalori maka dengan berdiet kalori sahaja boleh dapat defisit.
 

1,400kalori - 1,619 kalori = 219 kalori defisit

Dan sekiranya ditambah dengan bersenam dan membakar 400 kalori tambahan maka untuk hari tu sahaja kita akan untung dalam (400 kalori + 219 kalori) 619 kalori defisit. Bestkan! :D

Ok mesti ramai yang tertanya-tanya dengan 619 dekalori defisit itu berapa kg kita boleh turun? sekali lagi
 dinasihatkan, nak menurunkan berat ni bukan kerja sehari. Berpuluh2 tahun kita dengan berat kita..and bertahun2 kita bina lemak2 badan tu, mustahil kita hilang kannya dalam sehari atau seminggu kan. Tapi ada caranya teruskan membaca. 
Sekiranya kita mahu turun 1kg berat badan kita perlu membakar 7,700kalori. Oleh itu sekiranya anda dapat mencipta
550 kalori defisit sehari, maka anda memerlukan 14 hari (dua minggu) untuk mengurangan sekilo). 

• Hari 1 :  [-] 550kalori. 

• Hari 2 :  [-] 550 kalori. 

• Hari 3 : [-] 550 kalori. 

• Hari 6 :  [-] 550 kalori. 

• Hari 7 :  [-] 550 kalori. 

• Hari 8 : [-] 550 kalori. 

• Hari 9 :  [-] 550 kalori. 

• Hari 10 :  [-] 550 kalori. 

• Hari 11 : [-] 550 kalori. 

• Hari 12 :  [-] 550 kalori. 

• Hari 13 : [-] 550 kalori. 

• Hari 14 :  [-] 550 kalori. 


Jumlah kalori defisit terkumpul : 14 X 550 = 7700kalori (1kg)
 
Nampak macam susah tapi sebenarnya tidak. Sekiranya 
anda berdiet dan bersenam anda boleh mendapat defisit melebih 550 sehari. Tapi ingat..jumlah pengambilan kalori ketika berdiet tidak boleh kurang daripada BMR kita..Macam contoh tadi,  tidak boleh mengambil makanan dan kalori kurang daripada 1,349 kalori kerana ia akan membawa kemudaratan kepada kesihatan.

Satu peringatan...jangan terkejut jika jumlah DCR anda jauh berbeza dari orang lain atau berasa terlalu merendah diri sebab jumlah DCR masing2 berbeza.


That's why kenapa orang yang dah keje especially yang keje office ngadap computer, lagi cepat berat badan bertambah. Sebab masa zaman belajar mungkin unit keaktifan kita 1.55 tetapi bila bekerja unit keaktifan kita adalah 1.2. Maka saiz kalori yang kita ambil secara rutin sejak dulu mengakibatkan pertambahan berat bila masuk zaman bekerja. Nak nak pulak lepas dah ada anak seorang dua, tiga, empat..hehe


Untuk dapatkan kalori defisit yang banyak. Ini adalah cadangan untuk kurus cara Shaklee :
1 - Lecithin & Alfalfa / Herblax - Halang kalori dari lemak selepas makan dari diserap 
2 - ESP & Cinch Shake - Ambil kalori yang rendah tetapi membekalkan nutrisi dan tenaga untuk tempoh yang panjang
3 - Omega Guard atau aktiviti fizikal yang banyak - Bakar lemak sedia ada

Disebabkan entry ni terlalu panjang. Untuk cara pengambilan product kat atas ni secara detail will be update dalam next entry ye. 


Atau kalau nak cepat, boleh PM/whatsapp/sms Zara (SID: 954766) : 012-4143353


Till next entry semua :D


 

Zara
SID  : 954766
PM/Whatsapp/SMS: 012-4143353
Email: zaranurhudazakaria@gmail.com



Thursday, October 24, 2013

ESP - Very Own Experience :)

Sebelum nak share my very own experience with ESP, jom berkenalan dulu dengan ESP. Nama penuh nya, Energizing Soy Protein. Rupanya macam susu tepung, maksudnya ESP ni datang dalam bentuk serbuk, bukan pil :). Kat bawah ni ada gambar & general info pasal ESP (credit : cikjatt)


Inilah rupa ESP itu :)


Ni antara ESP nye benefits :)

Macam mana cara nak makan ESP ni? Ni antara soalan cepu emas yg orang tanya.

Okies, rules nye ada dua:

1. Sehari maksimun 3 sudu besar sahaja
2. Masa campurkan dalam air, air tak boleh terlalu panas, tak boleh lebih 40 degree. Senang citer, buat suam2 kuku je & nak senang, instead off pakai cawan n sudu, guna shaker. Kalau pakai shaker biasa tu RM10 or less dah boleh dapat kat mana2 pasaraya. Tapi kalau pakai shaker yg ada bebola kecik kat dlm tu, average around RM20 camtu.

Campur dalam air? Air masak suam je ke? Ni pun soalan femes emes jugak.

Selalu diriku buat campurkan satu sudu plastic ESP (kekadang satu sudu setengah) dengan Milo dalam 2-3 sudu (atau mana2 satu kat bawah ni). Tuang air suam dalam shaker dlm 400ml, and shake shake shake. Selalu minum as breakfast dalam pukul 8 pagi. Sangat sesuai untuk yang busy tak sempat nak breakfast. 

Alhamdulillah, gastric ku pun macam dah takde since consume ni. Kan breakfast is the important meal of the day. So memang la amat disarankan untuk orang tak sempat nak breakfast coz bila minum ESP ni, memang cepat kenyang. 

Macam diriku ini, minum ESP kul 8 pagi, kul 10.30 pagi camtu, makan sekeping dua roti kalau rasa nak makan coz lagi sekali ESP ni menyebabkan kita rasa kenyang. So bila lunch hour kul 1 tgh hari, perut jadi tak berapa lapar. Makan meehoon sup ke, atau kalau makan nasi pun dalam portion yang sedikit bersama lauk pauk yang sikit juga. Secara tak langsung, berat turun! Yeay me! :)

Kalau nak lagi okay, tadi pagi kan minum satu sudu, dalam kul 4 petang camtu, buat lagi satu sudu. Janji dalam sehari tak leh amik lebih dari 3 sudu ye. Setiap sesuatu pekerjaan tu kan kena amik secara bersederhana & istiqamah, InsyaAllah akan nampak kesannya. 

Ni antara yang selalu orang buat:
1.   ESP + Air Suam (rasa mcm susu soya tanpa gula)
2.   ESP + Milo (Ini adalah breakfastku setiap hari...hihi)
3.   ESP + Fresh Milk/Susu Tepung
4.   ESP + Freash Milk + Kurma (kalau blend lagi best kot :))
5.   ESP + Ribena
6.   ESP +Susu Anmun (Masa BF dulu, yang ni antara yang selalu buat)
7.   ESP + Nesvita 3 in 1 (Ni pun buat masa BF dulu)
8.   ESP + Fruit Juice (blend je sendiri buah2 han kat umah)
9.   ESP + Horlick (pun buat masa BF dulu)
10. ESP + Mealshake/ Performance Drink/ Cinch Shake
11. ESP + Nestle Bliss

Uish panjang nya mukadimah ESP. Bagi yang berminat nak tahu dengan lebih detail lagi cara diriku ini mengamalkan ESP, leh la contact kat healthyiswealthy.zz@gmail.com or whatsapp @ 012-4143353 (Zara). 

Yelah kan, nak tulis panjang2 lak, pening orang nak baca. Plus sometimes people nak tanya or drop comment kat sini segan coz public, jadinya, dialu alukan PM me kat contact yg diberikan ye. InsyaAllah immediate respond akan diberikan. 

Kesan sepanjang lebih sebulan daku men-consume ESP ni:
1. Kulit di muka lebih licin dgn parut jerawat dah jadi super pudar.
2. Gastric dah Alhamdulillah takde (kalo dulu sampai ada case MC dua hari coz muntah & membuang sampai lembik..huhu)
3. Stretch mark kat tummy dah almost tak nampak. Surprise betul! Alhamdulillah :)
4. Berat badan reduce & sustained walaupun diriku ini melantak nasi utk lunch & dinner. 
5. Muka dah sepucat dulu.
6. Kulit jadi lebih tegang, obvious kat muka coz kat bahagian mata yg dulu macam ada garis2 halus tu macam dah kurang banyak, Alhamdulillah :)

Rasanya sampai di sini dulu kot sharing my very own experience with ESP dalam masa sebulan ni. Nanti kalo ada tambahan akan ku update lagi ye dalam next entry.

Sekali lagi, bagi yang berminat nak try ESP ni, leh contact at:

zaranurhudazakaria@gmail.com or whatsapp @ 012-4143353
ID: 954766
-Zara-
 Till then, take care sumer :D



Tuesday, October 22, 2013

Introduction

As of Tuesday, 10/09/13, I am officially a new independent distributor of SHAKLEE :)

My ID : 954766

My own experience with Shaklee is after confinement, bila susu drop, baru nak cari something yang boleh dijadikan milk booster..masa tu baru berkenalan dgn Shaklee tapi well, that time still tak bersungguh sungguh nak consistent makan..Amik ESP and set B trial.

Apa yang terjadi, Alhamdulillah susu bertambah, tapi tak semeriah orang lain coz rules untuk tambah susu, selain dari supplement or any other milk booster, kena selalu pump out. My baby refuse to DF when she turned 4 month old...huhu

But, another thing that I've noticed is, my milk become thicker. Nampak kepekatan dia, sangat obvious. Mungkin sbb tu, up until 9 month, my baby only drink 3-4 oz je at one time. InsyaAllah, untuk adik baby, nak sangat try this product seawal dalam kandungan lagi. And berpantang using the same product.

Masa first baby dulu, dah ada experience makan jamu, tak boleh masuk. Sendiri pun tak tahan, baby pun tak tahan. Last2 tak amik apa2 pun kecuali kalsium & obimin yg doktor bagi. Jadinya, untuk next baby, supplement adalah yang terbaik untuk diriku, InsyaAllah and set berpantang Shaklee bakal menjadi pilhan hati. That's the reason why diriku ini join menjadi member Shaklee ni :)

Dah alang2 sendiri nak pakai, baik jadi ahli terus, baaaanyak benefit nye. Selain leh beli barang harga ahli je, mana tau secara tak langsung, InsyaAllah boleh generate extra income. Yang lagi bestnye, membership fee nye sekali je seumur hidup. RM65 kalau COD, kalau via post, RM75 :)
Kalau ada yang berminat, boleh la contact diriku ini at healthyiswealthy.zz@gmail.com.

Alhamduillah, pada 12/10/13, dah dapat merasa bonus pertama. Serious tak sangka, baru masuk, leh merasa sedikit extra income. Rezeki, Alhamdulillah...

Nanti untuk next entry, nak cerita sikit sekarang ni tgh consistent makan apa in detail & share apa perubahan setelah mengamalkan ESP & Omega :).

Oh ye, vitamin c sustained release 500mg Shaklee baru di restock.
Retail price RM 92.50, tapi InsyaAllah, saya boleh berikan harga yang jauh lebih rendah.
Ada 180 tablets semuanya. Sehari kalau makan 1 biji, boleh tahan sampai 6 bulan. Sangat menjimatkan :)

Kalau berminat, jangan lupa email ye di healthyiswealthy.zz@gmail.com :D

If interested nak jadi ahli pun leh contach kat email yang sama juga ye.

Till next entry sumer.. Take care :)


ID : 954766